!! MINE !!

"KEPUASAN PELANGGAN TANGGUNGJAWAB KAMI"

Tuesday 16 December 2014

~!! HIGH-TEA !!~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berjumpa lagi dalam post yang ini juga. Saya sebagai admin blog ini, sini menceritakan cara memasak mee goreng dengan cara yang tertentu. Masakan ini, adalah menu yang fokus kepada majlis high-tea. 

Pada kebiasaannya, high-tea akan dilakukan pada waktu petang. Oleh itu, mee goreng adalah menu yang paling tepat untuk pakej high-tea.

resipi mee goreng :: >>

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 bungkus mee kuning
  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji telur
  • 2 tbs sudu sos tomato
  • 2 tbs sudu sos tiram
  • 2 tbs sudu sos cili
  • secubit garam(secukup rasa)
  • 1 sudu teh gula (mengikut cita rasa anda dan jangan terlalu manis)
  • kicap pekat
  • Isi ayam (ikut sebanyak mana anda mahu)
  • Sayur sawi dan taugeh

Cara-cara

  1. Rebuskan isi ayam dengan air di dalam periuk sehingga mendidih. Hiriskan sayur sawi dengan kasar.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Selepas minyak sudah panas. Tumiskan bawang putih.
  3. Masukkan 3 biji telur dan kacaukan.
  4. Masukkan 2 tbs sos tomato, 2 tbs sos cili dan 2 tbs sos tiram.
  5. Selepas itu masukkan mee kuning. Tuangkan kicap pekat (estimate sendiri). Kacaukan sehingga rata dan letak garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan isi ayam yg telah direbus tadi. dan masukkan sayur sawi dan taugeh. Air isi ayam yg direbus tadi dituangkan ke dalam mee tadi (tuang sehingga mee nampak basah dan pekat). Selamat mencuba!

Sekian..

"KEPUASAN PELANGGAN TANGGUNGJAWAB KAMI"

No comments:

Post a Comment