!! MINE !!

"KEPUASAN PELANGGAN TANGGUNGJAWAB KAMI"

PENDAHULUAN

         Sekalung penghargaan diberikan kepada keluarga saya yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan perniagaan saya. Selain itu, keluarga saya banyak membantu dari segi tenaga kerana perniagaan ini dijalankan secara beramai-ramai. Beramai-ramai itu adalah dari ahli-ahli keluarga saya sendiri iaitu ayah saya mengelolakan di bahagian kewangan manakala ibu saya mengelolakan di bahagian masakan. Dan selebihnya, ahli keluarga yang lain bersama-sama bekerja dan menjayakan perniagaan ini. Oleh itu, perniagaan ini disebut sebagai ‘Catering Gathering’ yang membawa maksud ‘bersama-sama’.


          Tidak lupa juga kepada kawan-kawan sekeliling yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya tentang perniagaan ini. Terutamanya penghargaan diberikan kepada sahabat handal semasa di university kerana sahabat ini banyak memberi cadangan dan idea-idea yang bernas serta manfaat dalam menjalankan perniagaan saya ini.

          Idea utama adalah dating dari sahabat-sahabat dari university. Suatu ketika dahulu, saya dikehendaki membuat satu projek iaitu projek perniagaan kecil-kecilan. Jesteru itu, dengan minat yang menggunung, saya terus membuka perniagaan ‘Catering Gathering’ ini. Lantas pada masa itu, saya terus mengutarakan idea saya ini kepada pensyarah saya yang mengajar subjek perniagaan. Dengan ilmu yang diperolehi semasa di university, pensyarah saya menyokong idea saya dan cadangan saya ini. Maka saya teruskan idea saya ini sehingga sekarang.

          Akhir sekali, saya berharap dengan terhasilnya blog saya ini, agar ramai orang-orang luar terpikat dan terpesona dengan pakej-pakej yang ditawarkan dan telah dilancarkan. Selain itu, harapan saya agar pelanggan yang saya sayangi berpuas hati dengan layanan dan tawaran yang diberi.

          Sekian….


“KEPUASAN PELANGGAN TANGGUNGJAWAB KAMI”

No comments:

Post a Comment